Article

Apa Itu Autism?

autisme mkj 2016
Written by makbanyakanak

autisme mkj 2016

 

 

Autism merupakan keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak autisme mempunyai imaginasi yang tinggi sehinggakan kanak-kanak tipikal tidak dapat memikirkannya.

Kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma kebanyakkan masyarakat sekarang tidak tahu cara atau bagaimana untuk mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya adalah lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

Jangan terkejut, kanak-kanak autisme adakalanya lebih bijak dari kanak-kanak normal. Dan sebenarnya ramai tokoh-tokoh ternama adalah dari golongan autistik. Contohnya Albert Einstein, Amadeus Mozart, Sir Isaac Newton, dan ramai lagi.  Pernah dengar nama Tim Burton? Beliau adalah pengarah hollywood yang telah menghasilkan berpuluh filem box office pecah panggung. Antaranya adalah Alice in Wonderland.

Kanak-kanak Autism mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadang kala mereka tidak faham apa yang dilihat dan apa yang didengar. Contohnya, sekiranya kita bertanya nama mereka, mereka tidak tahu apa itu nama dan tidak mengendahkan apa yang kita cakapkan. Sekiranya kita berjumpa dengan kanak-kanak seperti ini, janganlah kita mendesak atau memarahi mereka kerana tidak mendengar kata atau arahan kita. Kita harus raikan keistimewaan mereka supaya mereka juga dapat merasai kasih sayang.

 

 

About the author

makbanyakanak

Leave a Comment