Article

Hidup berubah selepas anak disahkan autistik – Part 1

puan-uraidah
Written by makbanyakanak

Karektor unik

“Dia tidak menunjukkan minat untuk bercakap pun walaupun usianya sudah mencecah empat tahun. Masuk umur lima tahun, anak-anak kawan yang sebaya sudah mampu bertutur, Aisy masih sama.” katanya dengan nada perlahan.

“Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan menarik tangan saya dan ambilkan untuk dia. Dia juga tidak gemar berkongsi. Termasuklah berkongsi bermain. Pernah sekali abangnya mahu bermain sama, terus dia tinggalkan permainan dan buat hal lain. Dan kalau tidak diberikan apa yang dia mahukan. Dia akan tantrum. Itulah yang paling merisaukan saya.”

puan-uraidah

Ternyata bukan mudah. Benar kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ini benar-benar ujian besar buat mereka sekeluarga.

“Fikiran saya hanya tertumpu kepada Aisy. Mengenangkan kembali apa yang saya lakukan dalam hidup, kita tak tahu, mungkin ada yang terguris atau berkecil hati dengan kita. Saya susah hati. Saya risau kalau ada yang mengecilkan hati anak saya. Lebih susah hati lagi apabila mengenangkan Aisy akan dewasa, melangkah masuk ke sekolah, berkawan. Adakah dia akan diterima?”

 

Penerimaan keluarga

Bersyukur dikurniakan dengan keluarga yang supportif, Puan Uraidah melihat kekurangan ini sebagai satu kelebihan dan bersikap positif.

“Keluarga sangat supportif walaupun pada mulanya mereka agak keliru dan sukar menerima kenyataan kerana Aisy kelihatan normal sahaja seperti kanak-kanak lain.”

“Pada mulanya kami in denial, lebih-lebih lagi saya. Saya lakukan banyak research di internet dan buku-buku, dan ia jelas menunjukan anak saya autistik, namun tetap juga bersungguh-sungguh saya menafikannya. Keluarga pada  mulanya cuba memujuk dan menafikan lembut tentang kenyataan ini. Tetapi lama kelamaan mereka dapat menerima.”

“Ada ketika bila berseorangan, saya terfikir, adakah apa yang terjadi pada saya hari ni adalah kifarah dari dosa-dosa saya. tetapi cepat-cepat saya ingat Allah. Dan terima ketentuan ini dengan Redha. Allah lebih maha mengetahui,” tergaris satu senyuman di bibirnya.

 

Minat Aisy

Membongkar kembali kisah dan minat unik anaknya, wanita bersemangat luar biasa ini berkata anaknya minat pada kereta dan mampu menghafal nama-nama kereta walaupun hanya sekali di tunjuk dan diberitahu namanya.

“Aisy minat sangat dengan kereta. Kalau dia bermain pula, dia suka main susun-susun. Habis semuanya disusun atur. Dia juga minat pada enjin kereta. Pantang kalau ayah dia buka hud depan kereta. Bersungguh-sungguh dia mahu tahu dan bertanya itu dan ini.” ujar Puan Uraidah.

“Aisy sangat positif orangnya. Apa saja yang kita tanya, dia ‘Ya’ kan saja. Jarang sekali dia menolak. termasuklah untuk daftarkan dia ke kelas taekwando. Pun dia setuju juga. Bayangkanlah dia yang tidak boleh duduk diam tu, masuk kelas taekwando. Selamba saja dia ke depan apabila diminta untuk volunteer oleh coach. Mujur abangnya ada sekali.” Geli hatinya apabila teringatkan telatah anak-anak, Puan Uraidah ketawa.

“Bagusnya Aisy, dia fokus. Kalau kita minta dia buat sesuatu atau siapkan kerja sekolah, dia akan fokus dan siapkan kerja itu. Aisy juga rajin, adakalanya lepas balik sekolah, terus dia buka buku siapkan kerja. Selepas itu barulah dia bermain. Tetapi ketika dia bermain, dia tidak suka diganggu mahu pun berkongsi mainan. Dia lebih suka bermain sendiri. Anak-anak autistik ini ada satu habit di mana mereka ini amat sensitif dan mudah merajuk. Sekiranya abang dapat hadiah, dia juga perlu dapat hadiah. Kalau tidak, dia akan merajuk.” tambah puan Uraidah diiringi ketawa kecil.

Menceritakan kisah anak keduanya, Aisyi, 8 Puan Uraidah senyum. “Kalau mahu diceritakan semuanya, memang berhari-hari. Tetapi dengan Aisyi, saya betul-betul belajar untuk bersabar. Kenang tak kenang, sudah 8 tahun,” Puan Uraidah sambung gelak lagi. Bahagianya jelas nampak.

 

Kesukaran

Agak sukar untuk Aisy memahami dunia kelilingnya namun dia tetap patuh segala arahan dari ibunya, Puan Uraidah. Setiap apa yang diberitahu, dipatuhi tanpa banyak tanya. Namun, ada ketika Aisy juga keliru.

puan-uraidah-2

“Selalunya balik sekolah dia akan menaiki van. Saya selalu berpesan kepada Aisy untuk selalu naik van sekolah ikut waktu. Namun ada suatu hari, Aisy hilang. Di sekolah tak ada, di rumah tak ada. Saya panik. Rupanya dia berjalan balik kerana van sekolah lambat tiba.” Jelas nampak kerisauan dengan riak wajah Puan Uraidah apabila mengenangkan kembali peristiwa itu.

Terapi positif

Selain dari sekolah kebangsaan, kelas agama, Aisyi juga mengikuti kelas terapi. Kelas terapi tidak hanya tertumpu kepada psikologinya sahaja, tetapi juga untuk membina moto skill.

“Dia juga memberikan respon positif setiap kali terapi. Toys banyak membantu. Dari situ mereka boleh

“Moto skil Aisy semakin baik. Skil sosialnya juga semakin baik. Di sekolah, dia berkawan-kawan dan jalani kehidupan persekolahan dengan gembira. Biasalah kalau ada sukar sikit-sikit. Itu biasa. Yang luar biasanya kalau dia tidak ikut arahan kita. Adalah yang tak kena tu. Mungkin dia merajuk.”

 

 

Bersambung….

About the author

makbanyakanak

Mak Banyak Anak was founded by parents who is passionate about making their lifestyle easier with kids. By having 5 kids, all the experiences were shared with other parents out there, to highlight the sweetness of parenthood.

Leave a Comment