Suami Isteri

“Cepat-cepat!! Nanti ayah kamu marah!”

isteri-1
Written by makbanyakanak

Satu hari tu kami dalam perjalanan di PLUS highway.
Berhenti solat di hentian Air Keroh.
Surau tu selesa dan luas
Walau cuaca panas, saya dapat port bawah kipas.
Allah…
Lepas solat, buka telekung dan bagi angin satu badan…
Memang rahmat la hihihi…
Sedang saya bergurau dan bermain dengan Ica & Amani atas sejadah,
Ada ibu terkocoh-kocoh tukar pakai tudung
Senget senget tudungnya
Kemudian betulkan tudung anak pulak.
Mulutnya tak habis-habis zikir;
“cepat cepat cepat”
Muka ketat dan kelam kabut.
.
======
.
Teringat satu kisah
Ustaz Ebit Liew ceritakan…
Satu hari, Nabi saw keluar ke masjid untuk solat Subuh.
Baginda keluar waktu isterinya Juwairiyah usai solat tahajud.
Sejurus lepas Dhuha,
Baginda balik.
Waktu sampai rumah, Baginda lihat isterinya masih atas sejadah.
Sedang berzikir.
.
Nabi tanya
Kamu masih disini sejak lepas tahajud tadi?
Juwairiyah mengiyakan…
.
Apa impresi Nabi?
Baginda puji Juwairiyah.
Ya. Baginda puji isterinya rajin beribadat.
.
Eh!
Tak ada pulak Nabi bising atas meja tak ada sarapan ya?
.
======
.
Ok tuan-tuan
Jangan kepoh sangat suruh isteri cepat cepat cepat
Esok solat dia pun tak tenteram, tak khusyuk
Jika dia tak lepas masuk syurga, hang bagaimana rasanya?
Ingat selalu,
Isteri ni bukan orang suruhan kita
Bukan pembantu kita.
Kita semua hamba suruhan Allah je.
Jangan konyang-konyang bangga status sebagai suami semata-mata.
.
.
Ok puan-puan,
Kita jangan kocoh-kocoh sangat sibuk nak memasak.
Solat pun cepat-cepat.
Allah first. Suami kendian.
MIL marah? Takpe. MIL pun kendian.
.
Kadang tu, masuk ikan dalam kuali,
Pergi solat maghrib.
Belum sempat garing sebelah tu,
Dah siap solat maghrib.
Lepas salam, terus paling ikan.
Punyaaaa laju kau baca fatihah?
.
Lain kali
Beli air fryer.
Boleh solat dan zikir, sambil goreng ikan. Eh!
.
.
#akaktakjualairfryer.
#makbanyakanak
#jangansentap
#akakperingatje

About the author

makbanyakanak

Leave a Comment