Recipes

Resipi Sweet Potato And Broccoli And Peas

SwtPotatoBroccoliPeaSmash01
Written by admin

Pada usia 6-8 bulan ni , kita akan mula perkenalkan ” Solid Food ” kepada bayi , jikalau kita nak perkenalkan sayur sayur hijau kepada si manja , antara benda yang kita perlu buat ialah tambahkan sedikit pemanis dalam sayur hijau tersebut , bayi masih kecil , jadi kita perlu elakkan daripada memberi garam atau gula kepada mereka . Jadi , kita guna pemanis semulajadi seperti sweet potato atau lobak merah untuk dimasukkan dalam bubur bayi .

 Okay , saya nak cakap sebenarnya selepas puree ni siap , kita boleh simpan di dalam peti ais paling kurang pun 6 Bulan , Lama kan ? Tapi jangan lah buat untuk stok 6 Bulan terus kak oi .

Okay , bebel punya bebel sampai esok lah tak share resepinya heheeheheh .

Antara Bahan-Bahan yang diperlukan ialah : –

300g Sweet Potato

60g Broccoli

40g Kacang Pis

Okay , bahan bahan dah sedia , sekarang apa yang anda perlu buat ialah stim kan Sweet Potato tadi selama 3 minit , Kemudian , masukkan Broccoli dan stim kan bersama Sweet Potato tadi selama 4 minit , Terakhir sekali , kita masukkan kacang pis tadi dan stimkan selama 3 minit atau sehingga lembut .

Apabila sudah siap , ambil 75 ml air rebusan sayur tadi dan kisar semua sekali sehingga lumat . Simpankan dalam food container dan boleh simpan di dalam ” Freezer “

About the author

admin

11 Comments

Leave a Comment