Recipes

Blueberry Puree

Blueberry and Sweet Rice Puree
Written by admin

Sambung balik post semalam , resipi makanan bayi berumur 6-8 bulan ,

okay kalau dah cuba Apple Stew , harini kita cuba Blueberry Puree pulak . Nak sediakan Blueberry Puree tak lama pun , 10-20 minit , dah siap . Boleh buat untuk Stok 4 pulak tu , jimat masa kak oii.

resipi di bawah ni untuk 2 servings okay , so korang pandai pandai lah ganda kan dia punya quantity yang nak masak.

Bahan-Bahan

1/2 cawan blueberry

250ml Air .

air ni korang kene tengok tengok sendiri lah , puree ni kita tak nak dia terlalu pekat atau terlalu cair ,kalau nak hidangkan puree ni dengan susu ibu , buat pekat sikit pun tak ape , kurangkan sikit amount air .

So , first of all , basuh Blueberry sambil tenggekkan periuk yang dah diisi air 250ml ,

tunggu air tu mendidih lepastu masukkan blueberry , biarkan blueberry tu direbus dalam 15 minit atau sehingga dia lembut sebelum menapis air rebusan ,

Seterusnya , kisar blueberry yang dah direbus sebelum store dalam food jar atau food container .

About the author

admin

Leave a Comment