Pregnancy

Tips Mudah Bersalin 1

image001
Written by admin

Hi kekakak semua , hari ini saya nak buat entry untuk ibu ibu yang sarat mengandung , yang dah nak due , yang tengah buat persiapan bersalin . Haaa , entry yang ni untuk korang .

Okay , perempuan dianugerahkan kelebihan untuk menahan sakit bersalin yang tidak dapat ditandingi oleh mana mana lelaki didunia , sakitnya , MasyaAllah sisturrrrr  , ia ibarat perjuangan antara hidup dan mati , sebab itu lah apabila seorang ibu meninggal disebabkan bersalin dia dikira mati syahid . Dan sebagai umat islam , anggaplah kesakitan itu sebagai penghapusan dosa .

 

  • Pelajari tentang Kehamilan

Apabila hamil , kita perlu banyak ketahui tentang mengandung , pemakanan orang mengandung , dan sebagainya . Nak belajar tentang ini tidak susah , kalau pergi scan dekat hospital , ambik lah brochure yang ada kena mengena dengan Kehamilan , atau anda boleh approach doctor . Kalau tak , dekat rumah pun boleh . Daripada buka smartphone tu tak buat apa apa , baik bukak google ke , youtube ke , belajar tentang senaman ketika hamil , macam macam boleh belajar .

Lagi satu , kita boleh ikuti sesi antenatal yang dianjurkan oleh pusat kesihatan , dekat hospital kerajaan pun ada , free pulak tu .

 

  • Persediaan Mental Dan Rohani

Persediaan Mental Dan Rohani amat penting untuk keyakinan diri , jika kita tidak persiap sediakan diri , kita mungkin tidak akan dapat menangkan diri apabila hendak bersalin nanti , Oleh itu , amalkan lah membaca Surah Maryam , Berdoa , Berzikir dan dibawah ialah doa yang biasa diamalkan oleh

ibu hamil .

3Amalkan doa ini dan diiringi dengan solat hajat , InsyaAllah dapat memudahkan anda semua ketika bersalin .

  • Menenangkan diri .

Menangkan diri apabila anda sudah berada didalam labour amatlah penting , ungkapkanlah zikir dan selawat , Selain itu , sokongan moral daripada suami juga penting , Oleh itu , Pastikan Suami anda berada di sisi pada waktu itu. Kebiasaannya , pihak hospital akan membantu dalam sesi menangkan diri , seperti di hospital An-Nur , Nurse dan Doktor akan membantu untuk menenangkan diri kita dengan mengusap perut kita ,membaca surah surah lazim Al-Quran .  Sebelum anda bersalin , mintalah ampun kepada kedua ibu bapa , suami , minta agar halal makan minumnya .

  • Alas Perut

Apabila hendak bersalin , ia bererti anda perlukan banyak tenaga untuk meneran , Oleh itu , alaslah perut anda dengan sebuku roti , kurma dan air zam zam , atau beberapa keping biskut .

Selain itu , pengambilan buah Kurma setiap pagi juga dapat membantu , amalkan lah pengambilan makanan sunnah seperti habbatus sauda , air zam zam dan kurma  kerana ia dapat membantu untuk meningkatkan tenaga ketika meneran .

 Okay , selamat mencuba , Harap harap tips yang saya berikan ni membantu anda 🙂

About the author

admin

Leave a Comment