Pregnancy

Tips Mudah Hamil

pregnant-woman-with-doctor
Written by admin

” eh eh , kau ni dah dekat 8 tahun kahwin tak ada anak , macam mana ni ? “

” kau ni dah lama tak ada anak , ambik anak angkat je lah senang . “

Sakitkan ayat ayat macam tu ? Kek Dee ni tak kahwin lagi pun dapat rasa perasaan malu kalau orang cakap macam tu , jadi harini Kek Dee nak Share serba sedikit pasal tips mudah hamil supaya korang yang susah nak mengandung ni boleh cepat mengandung lah InsyaAllah .

Okay , tips tips untuk mudah hamil ni sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri ,

 

1)  JAGA PEMAKANAN 

Nak cepat hamil , antara benda yang utama dan penting ialah JAGA PEMAKANAN . Kek Dee tak suruh kau diet sampai tak makan seminggu dua ,

Nanti mesti ada yang kata  ” Aku gemuk boleh je mengandung , asal kau tak boleh ? ”  , Haa , kalau ada orang cakap macam tu dekat kau , kau jawab je ” tu rezeki nama dia “

  .Kek Dee cuma nak tekankan yang kita kena pastikan yang kita ambil makanan yang berkhasiat , jangan pula melantak macam masa bujang dahulu . Sekali Sekala tu check BMI diri sendiri untuk pastikan ia normal . bukan overweight , bukan obese , bukan underweight , Okay kekakak semua ? okay.

By now Kek Dee nak korang tekankan pada diri untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat demi mendapatkan cahaya mata . ceh ayat hahahaahaha

 

2) Vitamin

Tips yang kedua ialah tentang makanan tambahan atau Supplement , Badan kita perlukan Nutrien . Cuba tengok list list vitamin / nutrien yang diperlukan dalam badan kita untuk meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk “conceive”

  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Zinc
  • Copper
  • Panthothenic Acid
  • Potassium
  • Riboflavin
  • Niacin

Banyak kan ? Ada setengah vitamin ni kalau ada duit lebih boleh beli dekat farmasi , kalau tak cari lah buah buahan atau makanan yang ada nutrien atau khasiat seperti supplement tersebut , untuk pil herba , boleh je beli kalau nak , tapi make sure korang refer kepada pakar juga ye , jangan beli sebarangan .

 

3) Berat Badan Ideal.

Mungkin ada yang kurang setuju dengan pendapat Kek Dee untuk yang ni , siap cakap ” Eleh Liza tu badan besar aku tengok tiap tiap tahun boleh je dapat seorang , aku ni kenapa susah sangat nak mengandung ? ” . Benar , itu semua rezeki daripada Allah , tapi tak salah kalau kita cuba kan ? Kalau BMI kita berada di tahap ” overweight ” atau lebih teruk lagi kalau ” obese ” , itu bermaksud kita perlu mengubah gaya hidup yang sekarang ke gaya hidup yang lebih sihat , mulakan  senaman untuk mengurangkan berat badan . Risiko yang kita perlu hadapi apabila BMI berada di tahap ” obese ” atau ” overweight ” ialah terdedah kepada darah tinggi dan diabetes . Apabila begitu , banyak  komplikasi yang tidak baik bakal menanti anda ceh. Oleh itu , marilah kita amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa pantau BMI .

 

4) Detox. 

Ini antara cara cepat hamil yang jarang kita dengar ,  banyak toksin dalam badan kita yang tak elok , yang menghalang kita daripada hamil , so , kekakak semua bolehluangkan masa , pergi ke farmasi dan refer dengan pakar atau dietitian untuk produk yang dapat membantu untuk membuang toksin dalam badan a , jangan beli semberono saja .

 

5) Lakukan Hubungan Intim Dengan Kerap.

Dah kahwin kan ? Dah Halal kan ? Nak malu apanya kak oi ? Buangkan lah sikap malu nak meminta tu , terus terang je , InsyaAllah boleh 🙂

6) Elakkan tekanan .

Ketika mengandung , cuba elakkan daripada tekanan , jikalau tekanan disebabkan terlalu banyak kerja di pejabat , habiskan di pejabat . Di rumah , tumpukan perhatian dengan keluarga dan rehatkan diri secukupnya .

Bagi yang pernah mengalami keguguran , itu sudah memberi banyak tekana kepada anda , tetapi percayalah bahawa itu semua kerja Allah SWT . Pasti ada cara lain untuk hamil , anda hanya perlu tenangkan diri dan cuba lagi .

7) Berhenti Merokok . 

Sebut tentang merokok , jika anda hendak mengandung , berhentilah tabiat merokok kerana ia bukan sahaja menganggu sistem kesuburan anda , tetapi merokok juga akan mengganggu tumbesaran bayi di dalam kandungan yang menyebabkan lahirnya bayi pra matang .

Selain itu , suami anda juga perlu berhenti merokok , kerana jika mereka merokok , penghasilan sperma akan berkurangan dan lemah  .

8) Berjumpa pakar 

Okay , apabila anda berfikir untuk mengandung , jumpalah pakar , mereka akan beri anda gambaran penuh tentang kehamilan dan doktor mungkin akan menjalankan checkup kepada anda , mereka juga akan menyentuh rekod rekod medical anda yang dahulu dan menjelaskan apa apa isu yang mungkin mengahalang anda dari hamil .

9) Berdoalah 

tertera di bawah ialah doa Nabi Zakaria untuk mendapatkan zuriat .

doa-dapat-zuriat2

yaitu bererti

 “Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha pendengar doa “

Amalkan doa tersebut dan tunaikanlah solat hajat dan juga cuba untuk memakan makanan sunnah seperti Kurma , Habbatus Sauda dll.

Itu sahaja tips dari saya , selamat mencuba  🙂

About the author

admin

Leave a Comment