Parenting

Tips Pemberian Makanan Bayi

little_cute_baby-2560x1600
Written by admin
Okay , ini hanyalah tips tambahan ye Mummy Mummy semua , apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah makanan yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada bayi (1st solid food- 6-7 months): 
  • Telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
  • Susu lembu/dairy products
  • Makanan laut
  • Kekacang
  • Citrus food
  • Yeast, cheese (keju)

Madu (bertoksin – dilarang sama sekali)  

Teks Yang seterusnya amat PENTING ya mummy mummy semua .

Madu mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) –  yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya.

Madu sudah tidak boleh diberi kepada bayi , jadi kita menggantikannya dengan Buah Kurma .

Buah Kurma sangat bagus kerana ia adalah makanan Sunnah , selain daripada itu ,

Saidina Ali r.a. juga  meriwayatkan  bahawa Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Haaa , bagus kan buah Kurma , kalau ibu ibu nak bagi bayi makan buah Kurma , antara beberapa perkara yangkta boleh buat ialah memilih Kurma yang lembut isinya, seperti Kurma Ajwa , ia agak manis , dan lembut isinya .

Untuk menyediakan puri buah Kurma untuk bayi kita , kita hanya perlukan dalam 3-4 biji kurma yang telah dibuang biji , kemudian dikisar dengan sedikit air sehingga hancur , dan selepas itu ia boleh dihidangkan seperti biasa dengan bubur nasi .

Mudahkan ? Apa lagi , cubalah sekarang !

About the author

admin

1 Comment

Leave a Comment